Rabu, 19 Oktober 2011

Kreativiti Dalam P&P Matematik Pendidikan Khas

PERKONGSIAN ILMU

Apa Kata Mereka.....

Menurut Jere Confrey (1999), "Piagetian theory kindley mu intense enjoyment of children and deep respect for thier capabilities".
Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah khasnya bagi kanak-kanak berkeperluankhas, kita harus memberi tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit. Oleh itu alat Bantu Belajar (BBB) dapat membantu murid memahami konsep matematik. Piaget berpendapat bahawa, asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Beliau juga menegaskan kepentingan interaksi, idea-idea  antara kanak-kanak tersebut dengan kawan-kawan sejawatnya penting untuk perkembangan mental.
                                                      
Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kamak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti membantu kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan (matching), penjenisan (sorting), reguan (pairing), dan susunan aturan (ordering). 
a) Padanan ialah kegiatan memilih sifat tertentu dan membuat perbandingan.
b) Penjenisan pula adalah kegiatan memilih sifat umum dikalangan bentuk.
c) Reguan merupakan kegiatan menyatakan keserasian objek.
d) Susunan atur adalah kegiatan melatakkan perkara sepanjang barisan.


Strategi Pengajaran Guru hendaklah mengambil kira pendekatan yang digunapakai, kaedah yang sesuai mengikut tahap kebolehan murid, teknik yang digunakan dapat memenuhi keperluan masa dan ruang, aktiviti yang dirancang hendaklah memenuhi tahap keperluan murid, menyeluruh dan dapat menjadi kayu pengukur kepada pencapaian objektif pengajaran, menyediakan bahan penilaian bagi tujuan refleksi terhadap tahap keberkesanan P&P pada hari itu khasnya mengambilkira impak yang dicapai serta memikirkan langkah-langkah penambahbaikan. Akhir sekali Bahan Bantu Belajar (BBB) hendaklah disediakan dengan baik dan dapat digunakan secara optimum bagi BBB untuk guru dan BBB untuk murid.


Pendekatan P&P yang paling berkesan bagi kanak-kanak berkeperluan khas ini adalah Pendekatan Belajar Melalui Bermain atau Didik Hibur. Diantara kelebihan-kelebihan pendekatan ini adalah :

  1. Bermain merupakan fitrah dan keperluan murid yang harus mereka kecapi seiring dengan tahap perkembangan rohani, jasmani, intelek dan rohani.
  2. Murid dapat melakukan penerokaan, penemuan dan pembinaan dengan rasa gembira dan seronok.
  3. Bermain boleh meningkatkan keupayaan kognitif serta membina daya pemikiran yang kreatif dan inovatif.
  4.  Memenuhi rasa ingin tahu, penguasaan psikomotor, kemahiran berfikir serta mengendalikan emosi.
  5. Menokok tambah elemen hiburan dengan menggunakan muzik yang sesuai semasa sesi bermain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan