Sabtu, 10 Disember 2011

TEORI PEMBELAJARAN MATEMATIK

TEORI PEMBELAJARAN MATEMATIK

TEORI PIAGET
Teori ini diperkenalkan oleh Jean Piaget, berasal daripada Switzerland, merupakan ahli psikologi yang banyak menyumbang kepada pemahaman bagaimana kanak-kanak belajar. Daripada kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalui empat peringkat iaitu peringkat deria motor (0-2 tahun), pra-operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-11 tahun) dan operasi formal (11 tahun ke dewasa). Walau bagaimanapun, usia ini tidak tetap kerana ia mengikut kemampuan pelajar itu sendiri.
       Menurut Jere Confrey (1999), “Piagetian theory kindled my intense enjoyment of children and deep respect for their capabilities.” Sebagai seorang guru matetamik sekolah rendah, kita harus memberi tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit. Ketika usia sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, bahan bantuan belajar (BBB) dapat membantu murid memahami konsep matematik. Piaget berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Beliau juga menegaskan kepentingan interaksi idea-idea antara kanak-kanak tersebut dengan kawan-kawan sejawatnya penting untuk perkembangan mental.



TEORI BRUNER
Jerome Bruner, seorang ahli psikologi yang terkenal telah banyak menyumbang dalam penulisan teori pembelajaran, proses pengajaran dan falsafah pendidikan. Bruner bersetuju dendan Piaget bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah melalui peringkat-peringkat tertentu.Walau bagaimanapun Bruner lebih menegaskan pembelajaran secara penemuan iaitu mengolah apa yang diketahui oleh pelajar itu kepada satu corak dalam keadaan baru (lebih kepada prinsip konstruktivisme).
Menurut kajian dan pemerhatian yang telah dibuat oleh Bruner dan pembantunya, Kenney pada tahun 1963 mereka Berjaya membina empat teori pembelajaran matematik (Mok Soon Sang, 1996) iaitu ;
1.    Teori Pembinaan – Cara yang paling berkesan bagi kanak-kanak mempelajari konsep, prinsip atau hokum matematik ialah membina perwakilan dan menjalankan aktiviti konkrit.
2.  Teori Tatatanda – Tatatanda matematik yang diperkenalkan harus mengikut perkembangan kognitif murid tersebut.
3.  Teori Kontras dan Variasi – Konsep yang diterangkan kepada murid harus berbeza dan pelbagai supaya murid dapat membezakan konsep-konsep matematik tersebut.
4.  Teori Perhubungan – Setiap konsep, prinsip dan kemahiran matematik hendaklah dikaitkan dengan konsep, prinsip dan kemahiran matematik yang lain.
Selain daripada kajian tersebut, Bruner percaya bahawa kanak-kanak lebih dimotivasikan oleh masalah yang menarik yang tidak mampu diselesaikan oleh mereka dengan mudah seandainya tidak menguasai isi kandungan mata pelajaran dan kemahiran tertentu.

TEORI GAGNE
Text Box: Gagne’s Theory  - Robert Gagne’s theory of instruction is comprised of three principles : taxonomy of learning outcome, condition of learning, and nine events of instruction. Gagne asserts that specific learning conditioan critically influence the learning outcomes. In addition, special care must be given to the external conditionsn during instruction, known as the nine events of instruction.Robert M. Gagne, seorang profesor dan ahli psikologi  yang telah  banyak membuat penyelidikan mengenai fasa dalam rangkaian pembelajaran dan jenis pembelajaran matematik. Teori pembelajaran Gagne berbeza dengan Teori Piaget  dan Bruner. Menurut Gagne, terdapat empat kategori yang harus dipelajari oleh kanak-kanak dalam matematik iaitu fakta, kemahiran, konsep dan prinsip.
Gagne mempunyai hierarki pembelajaran. Antaranya ialah pembelajaran melalui isyarat, pembelajaran tindak balas rangsangan, pembelajaran melalui rantaian, pemebelajaran melalui pembezaan dan sebagainya. Menurut Gagne, peringkat yang tertinggi dalam pembelajaran ialah penyelesaian masalah. Pada peringkat ini, pelajar menggunakan konsep dan prinsip-prinsip matematik yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah yang belum pernah dialami.




TEORI DIENES           
Profesor Zolton P. Dienes, seorang ahli matematik, ahli psikologi dan pendidik pernah memberi banyak sumbangan dalam teori pembelajaran. Beliau telah merancang satu sistem yang berkesan untuk pengajaran matematik untuk menjadikan matematik lebih mudah dan berminat untuk mempelajarinya. Mengikut Dienes, konsep matematik boleh dipelajari melalui enam peringkat iaitu permainan bebas, permainan bersturktur, mencari cirri-ciri perwakilan gambar, perwakilan simbol dan akhirnya formalisasi. Teori Dienes menggariskan beberapa prinsip bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik;
1.    Prinsip Konstruktiviti – Pelajar haruslah memahami konsep sebelum memahaminya dengan analisa yang logik.
2.  Prinsip Perubahan Perspektual – Kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai keadaan supaya dapat memaksimakan konsep matematik.
3.  Prinsip Dinamik – Kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui pendedahan dan eksperimen untuk membentuk satu konsep.

KANAK-KANAK BELAJAR MATEMATIK
Setelah melihat teori-teori yang digariskan oleh Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes,  kita dapat melihat ianya ada kaitan dengan konsep konstruktivisme. Konstruktivisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar. Di samping itu konstruktivisme menyarankan kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia adakanak-kanak tersebut. Pembinaan pengetahuan tersebut boleh dihasilkan melalui permainan dan eksperimentasi disamping pembelajaran koperatif. Apabila kanak-kanak bekerjasama, mereka berkongsi di dalam proses pembinaan idea. Secara tidak langsung, kanak-kanak tersebut dapat membina pengetahuan baru hasil daripada pembelajaran secara kendiri.
Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan kanak-kanak menjadi asas konstruktivisme yang penting dan guru bertindak sebagai fasilitator. Kanak-kanak juga disorong untuk mengemukakan idea dan teori bagi menyelesaikan masalah. Dalam ppendidikan matematik, kanak-kanak biasanya akan dapat diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka memperolehi pengalaman yang akan digunakan untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang dipelajari akan datang.
Secara kesimpulannya, kanak-kanak belajar matematik melalui pengalaman dan pengamatan sesuatu perkara. Selain daripad itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan konsep baru. Ini bermakna pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep-konsep dan tindakan berguna berpandukan kepada keadaan dan masa yang diperlukan.
KESIMPULAN
Kanak-kanak itu ibarat bekas yang kosong dan guru berperanan untuk memenuhkan bekas tersebut dengan ilmu pengetahuan. Guru juga berperanan untuk membimbing kanak-kanak untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Seharusnya kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan membentuk ilmu pengetahuan berdasarkan permainan dan eksperimen dan tidak bergantung sepenuhnya dengan guru. Guru hanya seorang fasilitator yang akan memantau perkembangan kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu konsep.
       Menurut pandangan konstruktivisme, kanak-kanak membina pengetahuan barunya dengan sendiri dengan menyesuaikan pengetahuan sedia ada. Melalui konsep konstruktivisme ianya mungkin akan sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pendidikan matematik masa kini. Matlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui sebelum ini.
Sesungguhnya, kanak-kanak perlu didedahkan dengan pembelajaran secara konstruktivisme dan koperatif. Selain dari itu juga guru harus bersedia dengan pelbagai kaedah pengajaran supaya dapat membuka minda kanak-kanak tentang keindahan dan kepentingan pendidikan matematik dalam kehidupan seharian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan